Mentafsir Lagi
>> Selasa, 22 Jun 2010
aku melihat pelbagai riaksi manusia hari ini
aku tersenyum sendiri melihat zahiriah mereka
mudah tertipu dan mudah mengikut nafsu
hari ini aku melihat lagi manusia
dunia yang zahir hanyalah sementara sahaja
hanyalah kesoronakan yang tak sama bila di sana
setiap hari pelbagai ragam manusia
apakah mahu menjadi diri yang tetap pada jalanNYA
sukarkah mendidik hati?
aku melihat dunia hari ini
dunia dimamah tangan-tangan kotor
ohh dunia sungguh usiamu sudah tua
aku melihat dunia dengan mata hati
ohh manusia sungguh jauh pergi
apakah pergi membawa bekalan Di Sana?
ohh Tuhanku tetapkan aku bersama Jalanmu
tetapkan aku bersama penjejakmu tuhan
sukar menilai dengan zahiriah
apakah mampu diterjemah maknawi