>> Rabu, 28 Januari 2009

7 Padanan Di Rasa

Ketikaku bersujud menghadap yang Maha Esa 7 anggota bersamaku
Tika berhadapan kehidupan 7 hari dalam seminggu ku lalui
Ketika diri memijak bumi 7 petala bumi ku jejaki 7 petala langit ku agungi
Maha kuasa Allah kelihatan 7 warna pelangi di langit nan tinggi
7 padanan rupa Maha Esa tuhan yang menjadikan
7 hati yang selalu bersama dari asal perut bondaku
Ku cukupkan 7 hari untuk mentafsir tulisan ini

Read more...

Tatapan Sahabat

>> Isnin, 26 Januari 2009

Mengingati mereka dalam hati kebaikan nurani
Segarkan Hati yang sentiasa mengingati akan tata cara laluan perjalanan kehidupan mereka
aku dalam kehidupan nan hari ini
Lalu apakah kita merantai kehidupan perit mereka?
Korban mereka sentiasa dijunjung dalam menerangi cahaya hidup ini
Kelak sentiasa kita kenangi laluan-laluan itu
Kuatnya jiwa mereka sukar diduga lebih lagi kita dalam erti sebenar pengorbanan
Banyak yang kita ketahui …
Banyak lagi yang perlu kita ketahui untuk merantai kehidupan ini
Semoga korban semangat kehidupan mereka meniupkan semangat pada kita
Untuk kita kenal apa itu pengorbanan ?
Bukan mudah mencari pengorbanan yang ikhlas di sisi Maha Agung
Kelak kehidupan sentiasa kita landasi dengan pensyaria’tan
Itulah gelaran bagi para sahabat junjungan terulung

--tepian diri hina-

Read more...

Duka Palastein

>> Jumaat, 23 Januari 2009

Setelah sekian hari digasak
Akhirnya kemenangan milikMu
Wahai Qiblat junjungan dahulu
Kian hari pemimpin dunia hanya bersuara

Tanpa ada balas jiran mu
Sekian itu kami merasai deritaMu
Al-Quds tanah ini catatan sejarah silam
Cinta kami tak kan padam

Ruh perjuangan membara bersama kami
Harimu perjuangan di sana
Bagaiman hari kami pula
Utusan doa sentiasa dikirim tiap waktu

Moga berkah selamanya wahai Al-Quds

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP