>> Rabu, 16 Disember 2009

HANYALAH AKU HAMBA
Kudus sayu hati kecil tunduk kaku..
Bergetar ketakutan melihat AgungNya Bitullah..
Hanya zahiriah menalai sangkaan..
Apakah mampu diterjemah maknawi..
Betapa besar kemuliaanMu ya Allah..
Tampak iman derduyun duyun setiap penjuru hati..
Hadirnya jauh membawa dosa..
Mencari keinsafan pada Mu..
Memohon ampun..
Betapa kerdilnya aku hadir dalam kekotoran..
Berdepankan Khalik..
Hanyalah takut menemani..
Menitiskan manik air sedang tidak kesedaran..
Bersama hati menjiwai kekuasaanMu..
Ku pijak ku jejak ku turuti..
PerintahMu atas jutaan kesan pusingan tujuh berturutan..
Mengikut jejak Ibrahim A.S ..
Ku patuhi bagai Hajar mencari air..
Yang kehausan Ismail mencari air..
Terpancar mata zam zam..
Hanya mabrurMu yang dicari..

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP